MENGENALI KETUMBAR

 Biji ketumbar

Ketumbar ini adalah salah satu ramuan dalam masakan yang menjadi kegemaran saya dalam menu masakan saya

Hari ini saya nak berkongsi info mengenai rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu dan India, iaitu ketumbar.

Herba dan rempah yang turut dikenali sebagai cilantro dan coriander ini mempunyai banyak manfaat kesihatan. Mari kita tengok apakah kelebihan biji ketumbar (Coriander) …

Air biji ketumbar atau pun coriander ‘tea’ boleh membantu mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang mengeluarkan kahak, menaikkan selera, merendahkan gula dalam darah, merendahkan paras kolesterol, melegakan rasa loya, melindungi daripada jangkitan saluran kencing dan membantu penghadaman. Ia juga boleh merawat kembung perut, batuk, sakit tekak, insomnia, reumatisme, gout, ruam dan migrain.

 

 

Biji Ketumbar
Biji Ketumbar