RESEPI 2 : JEMPUT-JEMPUT REMPAH AJAIB

Resepi mudah menggunakan rempah ajaib ;

Di kalangan masyarakat Melayu jemput-jemput adalah antara menu wajib sarapan pagi mahu pun minum petang. Resepi jemput-jemput cuba dipelbagaikan untuk menikmati kelainan rasanya, antaranya ada jemput-jemput ikan bilis, jemput-jemput bawang, jemput-jemput sayur , jemput-jemput kelapa dan bermaca-macam lagi.

Tahukah anda bahawa jemput-jemput yang dicampur dengan rempah ajaib juga sangat marvelous rasanya

 

REMPAH AJAIB RESEPI JEMPUT-JEMPUT
REMPAH AJAIB RESEPI JEMPUT-JEMPUT

Berikut ini adalah cara penyediaan jemput-jemput rempah ajaib:

1/2 kg tepung gandum

1 labu bawang besar

segenggam ikan bilis

sedikit garamn

3 sudu rempah ajaib

air secukupnya

Cara – cara :

1. Kisarkan bawang besar, ikan bilis dan garam

2. Masukkan tepung gandum dalam mangkuk, masukkan bahan kisar

3. Masukkan rempah ajaib

4. Gaul rata dan tambahkan air sekiranya masih terlalu pekat

5. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair

6. Panaskan minyak dalam kuali

7. Setelah minyak cukup panas, sudukan adunan tepung dan goreng sehingga garing

– SELAMAT MENCUBA –