RESEPI 3 : KEBAB CHEEZY BERISI AYAM REMPAH AJAIB

Nyum….nyum….nyummmmm

Saya nampak gambar seperti ini di laman facebook guru saya Pn Faridatul Azna.

So saya pun bantai je cuba buat pagi ni dengan style saya, yang penting resepi ni pastinya menggunakan rempah ajaib.

Nak resepi tak??????…hehehe…

 

Resepinya :

Beberapa keping roti tortilla

5-7 tangkai cili kering

1 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

1 peket ayam kisar Ramli

sedikit minyak untuk menumis

sedikit garam

2 sudu makan rempah ajaib

2 sudu mayonis

1/2 batang timun dipotong dadu

6 biji tomato ceri dipotong dadu

Mozarella cheese

Cara memasaknya :

1. Kisarkan cili kering, bawang besar dan bawang putih

2. Panaskan minyak dalam kuali

3. Masukkan bahan kisar, masak sehingga naik minyak

4. Masukkan rempah ajaib, garam secukup rasa

5. Masak sehingga kering

6. Masukkan isi ayam yang dah siap masak ke dalam mangkuk

7. Masukkan mayonis, timun yang di potong dadu dan separuh daripada tomato ceri yang dipotong dadu dan gaulkan sekali

8. Bentangkan roti tortilla, sudukan sesudu isi ayam tadi, letakkan sedikit sos cili bagi yang suka pedas dan gulungkan

9. Di atas gulungan roti tortilla sudukan sedikit isi ayam yang tidak dicampur mayonis tadi, taburkan sedikit ceri dan taburkan mozarella cheese

10. Masukkan dalam pan ajaib @ oven bakar sekejap sehingga cheese mencair

– SELAMAT MENCUBA –

 

 

 

 

 

KEBAB CHEEZY AYAM REMPAH AJAIB
KEBAB CHEEZY AYAM REMPAH AJAIB