RESEPI 4 : BRUSCHETTA AYAM REMPAH AJAIB

Ahaaa….teringat saya pertama kali makan bruschetta ni waktu keluar makan bersama jiran saya Jerry Zafrul Rizal dan mentor saya Dr Azizan Osman. Waktu tu DAO order bruschetta ni.

Selang beberapa hari saya cuba buat bruschetta dengan macam-macam versi, ada yang berlaukkan tuna, ada yang berlaukkan sardin, ada yang berlaukkan cendawan dan macam-macam lagi,

 

Memasak ni nak kena kreatif selain sifat rajin nak mencuba. Yang penting kita hadiahkan hidangan dari air tangan ibu dengan seistimewa yang boleh. Memasak dengan penuh kasih sayang, diiringi selawat, bacaan surah insyirah untuk melembutkan hati anak-anak dan banyak lagi.

Untuk rakan ibu di luar sana , di sini saya kongsikan resepi bruschetta hidangan di kedai ternama kini kita hidangkan dari dapur rumah kita sendiri. Nyum…nyum…nyummmm….

 

Resepi Bruschetta Ayam Rempah Ajaib:

 

1/2 peket ayam kisar Ramli

1 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

2 ulas cili merah

6 biji tomato ceri

sedikit garam

sedikit minyak untuk menumis

1 batang roti perancis

mozarella cheese

Cara memasaknya :

1. Kisarkan cili, bawang besar dan bawang putih

2. Panaskan minyak di kuali dan masukkan bahan kisar

3. Apabila bahan yang ditumis dah cukup masak dah naik minyak, masukkan ayam kisar

4. Masak sehingga kering, tambahkan garam secukup rasa

5. Potongkan roti perancis

6. Gaulkan ayam yang dah siap dimasak dengan tomato yang telah dipotong dadu

7. Sudukan di atas potongan roti perancis

8. Taburkan mozarella cheese

9. Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama lebih kurang 15 minit

10. Sedia untuk dihidang

– SELAMAT MENCUBA-

 

Bruschetta Ayam Rempah Ajaib
Bruschetta Ayam Rempah Ajaib