RESEPI 5 : CHEEZY MEATBALL REMPAH AJAIB

 

Ehem….ehem…..bagi penggemar cheese tengok gambar pun dah meleleh air liur kannnnn..

Sebenarnya nak buat menu ni mudah je….

Jangan risau…..saya hanya sharekan resepi yang mudah-mudah saja untuk rakan ibu di luar sana

Resepi Cheezy Meatball Rempah Ajaib :

20 ketul meatball jenama Ramli pastinya

1/2 biji lada benggala merah

1/2 bijin lada benggala hijau

1 labu bawang besar kuning

1 tin carbonara prego

1 sudu makan black pepper

1/2 cawan susu cair

sedikit serbuk oregano

2 sudu makan rempah ajaib

mozarella cheese

parmesan cheese

garam secukup rasa

mangkuk aluminium

Cara memasak :

1. Rebus sekejap bebola daging

2. Potong lada benggala dan bawang besar

3. Panaskan minyak dalam kuali

4. Masukkan bahan yang telah dihiris

5. Apabila lada dan bawang dah sedikit layu masukkan rempah ajaib dan garam secukup rasa

6. Masukkan bebola daging yang telah direbus, gaulkan sebati dan matikan api

7. Masukkan bebola yang telah siap dimasak ke dalam bekas aluminium dan ketepikan

8. Panaskan sos carbonara prego, campurkan black pepper, serbuk oregano, susu cair dan perasakan dengan sedikit garam

9. Tuangkan sos carbonara yang telah siap dimasak kedalam bekas aluminium berisi bebola daging

10. Taburkan cheese

11. Bakar dalam oven dengan suhu 180c lebih kurang 15 – 20 minit

– Nyum…nyum..nyumm,,Selamat mencuba _

 

 

Cheezy Meatball Rempah Ajaib
Cheezy Meatball Rempah Ajaib

 

 

 

 

 

Cheezy Meatball Rempah Ajaib
Cheezy Meatball Rempah Ajaib