RESEPI 6 : GULAI AYAM REMPAH AJAIB

GULAI AYAM REMPAH AJAIB
GULAI AYAM REMPAH AJAIB

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

10 tangkai cili kering

3/4 peket rempah ajaib

beberapa biji tomato ceri

1 kotak santan segera

Garam secukup rasa

Sedikit minyak untu menumis

 

Cara memasaknya :

1. Rebuskan cili kering

2. Kisarkan cili kering bersama bawang besar dan bawang putih

3. Panaskan sedikit minyak dalam periuk

4. Masukkan bahan yang telah dikisar setelah minyak panas

5. Apabila bahan yang ditumis dah terbit minyak masukkan rempah ajaib  dan ayam

6. Gaul sebati, biarkan reneh seketika sehingga ayam mengeluarkan air

7. Masukkan santan dan tambah lagi secawan air

8. Biarkan mereneh sehingga ayam cukup masak dan campurkan sedikit garam untuk melengkapkan rasa

9. Masukkan tomato ceri, siap

– SELAMAT MENCUBA-