Tawaran Bulan Januari

Rempah Ajaib Untuk Di Pos
Rempah Ajaib Untuk Di Pos

Hari ini 28 Januari 2015,

 

Hanya tinggal beberapa hari lagi tawaran untuk Bulan Januari 2015

Beli 10 percuma 2

 

 

Tawaran akan berakhir 31 Januari 2015 tau !!!

 

 

Cepat bertindak

 

whats app : 012-390 8797

 

Yang nak jadi agen pun boleh.

 

Fast Action, Fast Result

 

www.rempahajaib.com

 

 

Rempah Luar Biasa, Lain Dari Yang Lain

Apakah Itu Rempah Ajaib ?

 

Rempah Ajaib keluaran Soleha Spices sebenarnya ilham yang datang hasil daripada aktiviti family yang suka sangat berkumpul sambil berbbq. Kadang-kadang bila kita buat perapan kita akan campur saja semua bahan ikut suka kita dan hasilnya tidak konsisten , adakalanya sedap , adakalanya hambar.

Idea terhasilnya rempah yang ajaib ini adalah apabila saya dan adik-beradik yang lain yang tak berapa gemar makan daging kambing tiba-tiba satu malam tu kami boleh makan daging panggang yang diperap hasil campuran 10 bahan ini dengan banyaknya dan berselera sekali. Justeru idea itu datang untuk berkongsi rasa yang ajaib ini dengan masyarakat keseluruhannya.

Nama “rempah ajaib” pula di perolehi apabila saya perkenalkan serbuk campuran ini yang belum ada nama kepada rakan-rakan dan jiran, ayat yang keluar dari mulut mereka ialah…” Wah ….. Rempah ni ajaiblah”, dan lama kelamaan saya mendapat idea untuk menamakan rempah ini dengan nama “Rempah Ajaib”.

 

 

Siapa Yang Menggunakan Rempah Ini ?

 

Titik mula datangnya idea untuk memasarkan rempah ini adalah semata-mata dengan tujuan :

1. Untuk membantu mengatasi masalah orang ramai yang tiada banyak masa untuk memasak khususnya ibu-ibu yang berkerjaya, yang selalu hanya mengambil langkah mudah membeli makanan yang telah siap dimasak

2. Untuk membantu orang ramai di luar sana yang selalu merungut makanan yang dibeli tidak sedap. Sekiranya hendak menimati makanan yang sedap pula perlu bayar mahal kerana setiap restoran menjual kepakaran hidangan dengan citarasa yang berbeza.

3. Untuk membantu mereka-mereka yang memiliki anak kecil yang selalu lapar sedangkan di pihak ibu ada kekangan untuk menyediakan bahan masakan yang rumit dan memerlukan penyediaan ramuan yang banyak maka remppah ajaib ini menjadi pemudahcara.

4. Keadaan di Malaysia khususnya di FB ramai yang mengeluh dengan kenaikan harga baranagn terutamanya  tentang gst dan sebagainya, maka persoalannya, bila masa harga akan turun? Sedangkan makanan merupakan satu keperluan hidup , suka atau pun tidak kenalah makan dan terpaksa ketepikan keperluan lain yang diidamkan sebagai contoh membeli beg tangan dan sebagainya, inilah peluang untuk saya bantu mereka.

5. Untuk membantu ramai wanita hari ini  yang tidak pandai memasak maka produk ini sangat membantu kerana penyediaannya semudah A, B, C

 

 

Apa Yang Special Pada Rempah Ini ?

 

Pasti ramai di luar sana yang belum pernah mengenali rempah ajaib ini tertanya-tanya apakah kebaikan dan kelebihan rempah ajaib ini ?

Kelebihan rempah ajaib ini adalah dengan hanya RM10 sepeket rempah boleh digunakan dengan kepelbagaian masakan antaranya, untuk perapan daging kambing, daging lembu, ayam dan boleh menggantikan serbuk kunyit bagi ikan dan seafood tanpa perlu tambahan bahan lain termasuklah garam dan sebagainya.

 

Bila disebut untuk perapan ianya termasuklah perapan untuk bakar mahu pun goreng. Ia juga boleh dijadikan perencah tambahan untuk nasi goreng, jemput-jemput, gulai dan banyak lagi. Anda boleh klik di bahagian menu untuk mendapatkan resepi-resepi yang telah saya kongsikan.

 

Persoalannya, siapakah yang patut memiliki rempah ajaib ini?? Adakah anda yang sedang membaca ini adalah orang yang memerlukannya? Jawapannya, sudah tentulah….kerana ianya sangat mudah, murah, sedap dan cepat untuk disediakan.

 

 

Inilah dia Rempah Ajaib  yang popular itu ,

REMPAH AJAIB
Rempah Ajaib

 

 

Harganya murah je….
hanya

RM 10.00 sahaja untuk sepeket ……

tapi……

 

PERHATIAN!!!!

Ada promosi untuk bulan Januari  2015 iaitu

PERCUMA dua peket dengan setiap pembelian 10 peket rempah ajaib.

Value for money kan !  ……

Penghantaran adalah melalui pos

 

 

Nanti dulu!!!!!……

 

Ada lagiiiiii……

Kalau anda serious untuk menambah pendapatan , ini peluang terbaik untuk anda menjadi rakan niaga kami demi memperluaskan jualan rempah ajaib.

 

SYARAT-SYARAT MENJADI RAKAN NIAGA :

Tawaran pakej …..untuk menjadi agen anda perlu membuat bayaran sebanyak rm300 dan anda akan mendapat pakej 30 peket rempah, flyers, bunting dan name card sekali dengan kos penghantaran secara percuma.

Ehem….ehem…..tak minat ke? Nak fikir lagi?…Fast action fast result, orang yang berjaya adalah orang ya ng pantas bertindak

 

Sementara anda buang masa untuk berfikir, orang lain telah mula menjana pendapatan mereka dengan hanya berkongsikan keajaiban rasa Rempah Ajaib.

 

Sms / Whats App : +6012-390 8797

PM di www.facebook.com/pages/Rempah-Ajaib-HQ

 

 

 

 

RESEPI 8 : IKAN BAWAL TIGA RASA

Ikan Bawal Tiga Rasa
Ikan Bawal Tiga Rasa

ikan bawal

 

Bahan-bahannya :

1 ekor ikan bawal

3 batang salary

2 biji epal hijau

1 kuntum bunga kantan

2 batang serai

10 tangkai cili api

1 labu bawang besar warna kuning

3 ulas bawang putih

2 sudu makan rempah ajaib

minyak untuk menggoreng

 

Cara memasaknya :

1. Bersihkan ikan bawal, gaulkan dengan rempah ajaib, panaskan minyak dan goreng

2. Potongkan bahan-bahan lain, bawang besar, bawang putig, salary, bunga kantan, serai, epal hijau dan cili api

3. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan-bahan yang dipotong

4. Masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi dan siap

_ Selamat Mencuba _

RESEPI 7: NASI GORENG REMPAH AJAIB UDANG GERAGAU

Nasi Goreng Rempah Ajaib Udang Geeragau
Nasi Goreng Rempah Ajaib Udang Geragau

Bahan-bahan :

Segenggam udang geragau

7 tangkai cili padi

3  sudu makan rempah ajaib

3 cawan nasi sejuk

sedikit garam

 

Cara memasaknya

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali

2. Ambil segenggam udang geragau yang telah dicuci dan campakkan ke dalam minyak yang telah panas di kuali

3. Apabila udang telah agak garing  masukkan cili api dan rempah ajaib

4. masukkan nasi sejuk, kacau sebati

5. Perasakan garamnya, kalau anda rasa dan cukup rasa tak perlu tambah garamn lagi kerana perlu diingat kandungan rempah ajaib dah ada cukup rasa termasuk garam….

-Selamat mencuba _