RESEPI 7: NASI GORENG REMPAH AJAIB UDANG GERAGAU

Nasi Goreng Rempah Ajaib Udang Geeragau
Nasi Goreng Rempah Ajaib Udang Geragau

Bahan-bahan :

Segenggam udang geragau

7 tangkai cili padi

3  sudu makan rempah ajaib

3 cawan nasi sejuk

sedikit garam

 

Cara memasaknya

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali

2. Ambil segenggam udang geragau yang telah dicuci dan campakkan ke dalam minyak yang telah panas di kuali

3. Apabila udang telah agak garing  masukkan cili api dan rempah ajaib

4. masukkan nasi sejuk, kacau sebati

5. Perasakan garamnya, kalau anda rasa dan cukup rasa tak perlu tambah garamn lagi kerana perlu diingat kandungan rempah ajaib dah ada cukup rasa termasuk garam….

-Selamat mencuba _

MENGENALI JINTAN MANIS

Khasiat dan kebaikan JINTAN MANIS

Jintan manis sememangnya mengandungi banyak flavonoid anti-oksidan seperti kaempferol dan quercetin. Sebatian ini berfungsi sebagai anti-oksidan yang kuat dengan menghapuskan radikal bebas yang berbahaya dari badan itu melindungi dari kanser + jangkitan + penuaan + penyakit degeneratif neurologi.

Di samping itu, serat pemakanan mengikat kepada garam hempedu (dihasilkan daripada kolesterol) dan mengurangkan penyerapan semula di dalam kolon, sekaligus membantu menurunkan tahap kolesterol LDL serum. Dengan oksidan anti-flavonoid + fiber dari komposisi Jintan Manis dapat  membantu melindungi lendir dari kanser kolon.

Jintan manis mempunyai kesihatan yang banyak memberi manfaat kepada sebatian minyak penting seperti anethole + limonene + aldehid anisic + pinena + myrcene + fenchone + chavicol dan cineole. Prinsip2 ini sangat aktif dalam herba JINTAN MANIS yang diketahui mempunyai ANTIOKSIDA + SISTEM PENCERNAAN + dapat mengeluarkan udara + ANTI GAS dlm PERUT.

JINTAN MANIS sumber mineral seperti tembaga + besi + kalsium + potassium + mangan + selenium + zink + magnesium. Tembaga diperlukan dalam pengeluaran sel darah merah. Besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Zink adalah bersama-faktor dalam banyak enzim yang mengawal pertumbuhan dan pembangunan + generasi sperma + penghadaman + sintesis asid nukleik. Potassium merupakan satu komponen penting dalam sel dan cecair badan yang membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah. Mangan digunakan oleh badan sebagai faktor untuk enzim anti-oksida yang kuat + superoxide dismutase.

Banyak vitamin2 yang penting seperti vitamin A + E + C + B kompleks seperti thiamin + pyridoxine + riboflavin + niasin terutamanya tertumpu dalam herba JINTAN MANIS.

Seperti jemuju, jintan manis adalah sumber yang kaya dengan serat pemakanan. 100 g biji benih menyediakan 39.8 g serat. Kebanyakan serat ini adalah metabolically serat tidak larut lengai yang membantu sebahagian besar peningkatan makanan dengan menyerap air seluruh sistem penghadaman dan mengurangkan sembelit.

Cara2 membuat jus JINTAN MANIS = memecahkan lemak

Ambil 2 atau 3 sudu besar JINTAN MANIS + rebus dengan 6 gelas air selama 20 minit = Minum setengah gelas setiap pagi dan malam sebelum atau selepas makan. Untuk permulaan cubalah setiap malam sahaja kerana semasa tidur badan kita sedang rehat dan pada masa itulah khasiat JINTAN MANIS bekerja untuk memecahkan lemak secara perlahan2. Namun haruslah lebihkan minum air masak 8 gelas setiap hari sudah mencukupi.

Jintan Manis
Jintan Manis

MENGENALI KETUMBAR

 Biji ketumbar

Ketumbar ini adalah salah satu ramuan dalam masakan yang menjadi kegemaran saya dalam menu masakan saya

Hari ini saya nak berkongsi info mengenai rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu dan India, iaitu ketumbar.

Herba dan rempah yang turut dikenali sebagai cilantro dan coriander ini mempunyai banyak manfaat kesihatan. Mari kita tengok apakah kelebihan biji ketumbar (Coriander) …

Air biji ketumbar atau pun coriander ‘tea’ boleh membantu mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang mengeluarkan kahak, menaikkan selera, merendahkan gula dalam darah, merendahkan paras kolesterol, melegakan rasa loya, melindungi daripada jangkitan saluran kencing dan membantu penghadaman. Ia juga boleh merawat kembung perut, batuk, sakit tekak, insomnia, reumatisme, gout, ruam dan migrain.

 

 

Biji Ketumbar
Biji Ketumbar

RESEPI 6 : GULAI AYAM REMPAH AJAIB

GULAI AYAM REMPAH AJAIB
GULAI AYAM REMPAH AJAIB

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

10 tangkai cili kering

3/4 peket rempah ajaib

beberapa biji tomato ceri

1 kotak santan segera

Garam secukup rasa

Sedikit minyak untu menumis

 

Cara memasaknya :

1. Rebuskan cili kering

2. Kisarkan cili kering bersama bawang besar dan bawang putih

3. Panaskan sedikit minyak dalam periuk

4. Masukkan bahan yang telah dikisar setelah minyak panas

5. Apabila bahan yang ditumis dah terbit minyak masukkan rempah ajaib  dan ayam

6. Gaul sebati, biarkan reneh seketika sehingga ayam mengeluarkan air

7. Masukkan santan dan tambah lagi secawan air

8. Biarkan mereneh sehingga ayam cukup masak dan campurkan sedikit garam untuk melengkapkan rasa

9. Masukkan tomato ceri, siap

– SELAMAT MENCUBA-